Doktor Falsafah Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat

SYARAT KEMASUKAN

  • Ijazah Sarjana yang bersesuaian dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75 dari Universiti Sains Islam Malaysia; atau
  • Ijazah Sarjana yang bersesuaian dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75 dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana dan pengalaman profesional berkaitan yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Calon Ijazah Sarjana yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah untuk menukar pengajian mereka kepada Program Doktor Falsafah dengan kelulusan Senat.

Pemohon dikehendaki untuk menunjukkan kemahiran mereka dalam Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris. Bagi mereka yang menulis tesis dalam Bahasa Inggeris perlu untuk menunjukkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris dan bagi mereka yang menulis tesis dalam bahasa Arab perlu untuk menunjukkan penguasaan dalam bahasa Arab. Bukti hendaklah dilampirkan bersama borang permohonan.

 

BIDANG PENYELIDIKAN

  • Sistem Kewangan Islam
  • Perbankan Islam dan Takaful
  • Tadbir Urus Korporat
  • Pelaburan dan Perkhidmatan Kewangan
  • Pengurusan Risiko
  • Pemasaran
  • Perakaunan, Pengauditan and Laporan Kewangan
  • Piawaian dan Penilaian
  • Ekonomi dan Pembangunan Institusi Islam
  • Zakat, Wakaf and Pengurusan Baitulmal
  • Keusahawanan
  • Lain-lain bidang berkaitan

 

KURSUS WAJIB

  • Metodologi Penyelidikan
  • Analisis Data
 
 
STRUKTUR YURAN
  • Untuk maklumat lanjut berhubung struktur yuran, KLIK DISINI

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.