USIM dilaung dengan kejayaan terbaru dalam Pertandingan Debat Arab Asia Kedua di Muscat, Oman. Muhamad Afiq Arsyad Awang @ Tirmizi, mahasiswa Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam dengan Kepujian, bersama pasukan Debat Arab yang terdiri daripada Haafizah Mohd Rosli, Maisarah Ahmad Azmi, dan Nur Rasyiqah Ungkutti, telah membuktikan kehebatan dan kecemerlangan USIM dalam pelbagai bidang tidak terhad kepada akademik.

Dengan usaha dan kerja keras yang gigih, Pasukan Debat Arab USIM berjaya memenangi 

pertandingan dan membawa pulang gelaran Juara bagi kategori bukan penutur asli. Ini bukan sahaja satu kejayaan besar bagi USIM, tetapi juga satu kejayaan yang dapat dibanggakan negara dan rakyat Malaysia.

Selain itu, Afiq juga telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Kedua dalam pertandingan ini bagi kategori yang sama.

Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan bahawa USIM memiliki pelajar yang berbakat dan cemerlang, tetapi juga menunjukkan komitmen dan dedikasi USIM dalam memastikan siap daripada pelbagai aspek.

Kami sangat berharap bahawa kejayaan ini akan memberikan inspirasi dan motivasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha dalam minat mereka disamping membangunkan kecemerlangan akademik demi membanggakan USIM dan negara.

Sekali lagi, USIM dan FEM sangat berbangga dengan kejayaan Afiq dan pasukan Debat Arab mereka dan kami mengucapkan tahniah yang sebanyak-banyaknya kepada mereka. Kami berharap mereka akan terus memberikan prestasi yang cemerlang dan membanggakan bagi USIM dan negara pada masa akan datang. – FEM