Pada 2 Februari 2023, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Universiti Sains Islam Malaysia telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Proposal Dana

Penyelidikan Geran Kementerian Pendidikan Tinggi bagi tahun 2023. Bengkel ini telah diadakan di Bilik Persidangan FEM dan disampaikan oleh Prof. Dr. Salina Kassim, Profesor UIAM dan Prof. Dr. Fauzias Mat Nor, Profesor USIM.

Seramai 50 orang peserta telah disasarkan untuk hadir bagi sesi ini bagi memperoleh tips dan trik penting tentang cara penulisan proposal penyelidikan yang baik dan memenuhi syarat Kementerian Pendidikan Tinggi. Penceramah yang berpengalaman juga telah memberikan banyak tips dan nasihat berguna kepada peserta.

Tujuan utama program ini adalah untuk mempersiapkan penyelidik dalam penulisan proposal penyelidikan dan memastikan bahawa proposal mereka dapat memenuhi syarat malah mempunyai peluang untuk diterima oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Terima kasih kepada FEM diatas usaha yang murni dalam menganjurkan program seperti ini.

Walau bagaimanapun, pihak Fakulti juga mengucapkan terima kasih kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RIMC), USIM atas bimbingan dan bantuan dalam menjayakan program ini. Diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. – Media@FEM

Prof. Dr. Salina Kassim

Prof. Dr. Fauzias Mat Nor