BENGKEL PEMURNIAN BUKU KARYA SUNTINGAN YTI TAHUN 2016

Nilai, 28 Oktober 2016 – Bengkel Pemurnian Buku Karya Suntingan Kursi Akademik Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar hari ini berjaya mengumpulkan 11 Bab dalam buku melibatkan 17 orang penulis berpengalaman daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Bengkel ini bertujuan memantap dan memurnikan semua proposal yang dibentangkan dengan mengambilkira pandangan dan seterusnya digulung oleh Penyandang Kursi Akademik Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar (YTI) semasa iaitu Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar (Pengasas Amanie Advisors yang juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti).

Bengkel separuh hari ini dipengerusikan oleh Y.Brs. Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin, Dekan FEM.

Peringkat seterusnya ialah meneliti dengan lebih terperinci dari segi penghasilan buku itu sendiri dan ianya dijangka akan diterbitkan pada Januari 2016.

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.