PROGRAM MENTOR MENTEE SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2014/2015

 

NILAI, 25 FEBRUARI 2015 – Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), USIM buat julung kalinya telah menganjurkan Perjumpaan Mega bagi Program Mentor Mentee dan Penasihatan Akademik yang melibatkan 55 staf akademik (mentor) serta 1,137 pelajar (mentee) bertempat di sekitar bangunan FEM.  Setiap mentor diagihkan seramai 20-21 orang mentee yang terdiri daripada pelajar FEM dari tahun satu hingga tiga dan program pengjian yang berbeza.

 

Untuk Perjumpaan Mega yang bermula dari 2 hingga 5 petang, pertemuan di antara mentor dan mentee adalah samada secara berkumpulan atau individu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh mentor masing-masing.  Matlamat penganjuran program ini adalah untuk memberikan khidmat nasihat akademik dari semasa ke semasa supaya pelajar sentiasa peka dengan tanggungjawab dan amanah sebagai pelajar universiti, menjaga kebajikan pelajar-pelajar dalam aspek akademik, kesihatan, kewangan dan lain-lain supaya pelajar dapat meneruskan pengajian mereka sehingga bergraduat serta merapatkan hubungan dan jurang komunikasi di antara staf akademik serta pelajar-pelajar FEM tanpa mengira tahun dan program pengajian.

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.