Nilai, 10 Oktober 2026 – Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Amanat Dekan dan Majlis Anugerah Dekan Semester II Sesi Akademik 2026/2026 pada 10 Oktober 2026.
Program dimulakan dengan amanat oleh Dekan FEM, Prof. Madya Dr. Syahidawati Hj. Shahwan, yang menekankan kepentingan kecemerlangan akademik, disiplin dan usaha berterusan dalam kalangan pelajar. Beliau turut menggalakkan para pelajar agar memanfaatkan peluang pembelajaran serta terus membina potensi diri sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.
Majlis Anugerah Dekan diadakan bagi mengiktiraf pencapaian akademik pelajar yang cemerlang pada semester berkenaan. Pengiktirafan ini diharap dapat mendorong para penerima untuk terus mengekalkan kecemerlangan serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar FEM.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Dekan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.