Nilai, 29 April – Warga akademik dan seluruh komuniti Universiti Sains Islam Malaysia berdukacita atas pemergian Allahyarham En. Agoos Munalis Bin Tahir, pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM, yang telah kembali ke rahmatullah pada Rabu, 29 April 2026 bersamaan 11 Zulkaedah 1447H.

Allahyarham dikenali sebagai seorang pendidik yang komited dan banyak menyumbang dalam bidang akademik, khususnya dalam pengajian perakaunan, tadbir urus syariah dan ekonomi Islam di USIM. Sepanjang perkhidmatannya, beliau aktif dalam pelbagai program akademik dan persidangan ilmiah universiti.

Terdahulu, warga kampus turut mengadakan solat hajat dan majlis bacaan Yasin bagi mendoakan kesembuhan Allahyarham ketika beliau berada dalam keadaan kritikal.

Seluruh warga universiti serta rakan-rakan seperjuangan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

“Dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali.”

Al-Fatihah.