Nilai, 18 Julai 2025 – Warga Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatat pencapaian membanggakan apabila beberapa orang staf fakulti telah menerima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi USIM 2024 yang berlangsung pada Jumaat, 18 Julai 2025 bertempat di Dewan Utama, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM.

Majlis anjuran tahunan ini bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf staf universiti yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta sumbangan signifikan dalam bidang pengajaran, penyelidikan, pentadbiran dan inovasi sepanjang tahun 2024.

FEM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para penerima anugerah atas dedikasi dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang. Pengiktirafan ini mencerminkan budaya kerja berprestasi tinggi yang terus dipupuk dalam kalangan warga fakulti.

Majlis turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi universiti serta para staf akademik dan pentadbiran dari pelbagai fakulti dan pusat tanggungjawab.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga terus maju dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga Fakulti Ekonomi dan Muamalat.