Pada jam 3.00 petang, bertempat di Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah berlangsung Majlis Penyerahan Sijil Pentauliahan Profesional dalam bidang Kewangan Islam. Majlis ini diadakan bagi memberikan pengiktirafan rasmi kepada para peserta yang telah berjaya menamatkan program pentauliahan dengan jayanya.

Majlis ini turut mencerminkan komitmen berterusan USIM dalam memperkukuh peranan institusi pengajian tinggi sebagai peneraju dalam pembangunan ilmu dan amalan kewangan Islam yang berteraskan syariah. Penyerahan sijil ini bukan sahaja mengiktiraf pencapaian individu, malah memperlihatkan kesungguhan universiti dalam menyokong usaha memperkasakan profesionalisme dalam bidang yang semakin mendapat perhatian di peringkat nasional dan global.

Turut hadir dalam majlis ini ialah barisan pentadbir universiti, wakil-wakil industri serta para pensyarah, yang bersama-sama meraikan pencapaian para penerima sijil. USIM terus memainkan peranan penting dalam memperkasa ilmu dan amalan kewangan Islam selaras dengan matlamat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi ilmu dan nilai.