PRASISWAZAH

  • Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian adalah program yang merangkumi semua aspek pengajian Islam bersama-sama dengan bidang yang berkaitan dengan ekonomi Islam dan pentadbiran muamalat. Komponen program ini direka untuk memenuhi permintaan industri dan sektor awam. Setiap program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada ajaran Islam supaya ia boleh diterima dan sejajar dengan keperluan masyarakat Islam moden dan progresif. Dengan pendekatan ini, adalah diharapkan bahawa program ini boleh mencapai objektif dan kemudiannya menyumbang kepada pembangunan sistem ekonomi dan pentadbiran yang berdasarkan prinsip-prinsip Islam.SYARAT KEMASUKAN

    • Lulus SPM/ Setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi/Bahasa Arab Tinggi;
    • Lulus Tamhidi USIM/ Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/ Setaraf; atau STPM; atau STAM; atau Diploma/ Setaraf (tertakluk kepada syarat-syarat am dan khusus program);
    • Memenuhi keperluan MUET (minimum Band 2);
    • Memenuhi keperluan khas program sebagaimana yang dinyatakan di dalam peraturan pengajian program tersebut.
    • Maklumat terperinci mengenai syarat kemasukan:

    BAHASA PENGANTAR

    • Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

    STRUKTUR PROGRAM

    • Untuk maklumat lanjut berhubung struktur program, KLIK DISINI

    STRUKTUR YURAN

    HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP/PEO)

    HPP1 Mampu mensintesis dan mengamalkan integrasi ilmu naqli dan aqli, kefahaman yang mendalam terhadap konteks ilmu yang dipelajari, disamping mendapat pengalaman industri sebagaimana yang diperluaskan dalam konteks Muamalat bagi menjana perkhidmatan yang berkualiti kepada kerajaan, agensi kerajaan, dan semua industri yang berkaitan di dalam dan luar negara.
    HPP2 Berkelayakan memimpin dan melibatkan diri secara berpasukan dalam menyelesaikan pelbagai masalah ummah yang melibatkan pelbagai isu dan bidang khususnya dalam bidang Muamalat melalui gerakkerja, komunikasi dan tatacara pengurusan yang rapi dan efektif.
    HPP3 Mempunyai kehendak yang tinggi untuk mengembangkan tahap keilmuan dan pengembangan kemahiran dalam pelbagai bidang pentadbiran Muamalat dengan berlatarbelakang kan kemahiran ICT yang mampu mengembangkan tahap profesional yang ada.
    HPP4 Memahami dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam diri seperti menghayati nilai-nilai agama, beretika tinggi, bersikap profesional dalam menyumbang kepada keperluan masyarakat dan semua pemilik taruh

    HASIL PROGRAM (PO)

    HP1 Menganalisis dan mengaplikasi teori-teori asas dalam bidang muamalat. (LO1/PO1: Elemen Pengetahuan)
    HP2 Mengaplikasi kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan dalam pelbagai cabang industri. (LO2/PO2: Elemen Kemahiran Teknikal / Praktikal / Psikomotor).
    HP3 Mempamerkan semangat bekerjasama, kebertanggungjawaban dan kemahiran sosial dalam pelbagai situasi. Sedia bekerja secara berkumpulan dalam pelbagai disiplin. (LO3/PO3: Kemahiran dan Tanggungjawab Sosial)
    HP4 Mengamalkan nilai-nilai integriti, etika dan profesional dalam menyumbang kepada masyarakat. (LO4/PO4: Nilai, Sikap dan Profesionalisme)
    HP5 Berkebolehan untuk memimpin, bekerja dalam pasukan dan berkomunikasi secara berkesan dan berhikmah. (LO5/PO5: Kemahiran berkomunikasi, Kepimpinan dan Kerja Berpasukan)
    HP6 Mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan isu-isu kontemporari dalam bidang muamalat. (LO6/PO6: Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kemahiran Saintifik)
    HP7 Berkebolehan dalam menguruskan maklumat dan melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat. (LO7/PO7: Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat)
    HP8 Berupaya mengurus organisasi dan mempunyai minda dan kemahiran keusahawanan (LO8/PO8: Kemahiran Mengurus dan Keusahawanan)

    PROSPEK KERJAYA

    Bidang pekerjaan adalah luas di pelbagai institusi seperti:

    • Institusi Perbankan
    • Institusi Kewangan Bukan Perbankan
    • Institusi Takaful dan Insurans
    • Syarikat Broker dan Sekuriti
    • Pengurusan Dana dan Institusi Unit Amanah
    • Lain-lain Organisasi Swasta
    • Institusi Ekonomi Islam i.e. Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
    • Industri Kecil dan Sederhana (SME)

Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian adalah program yang merangkumi semua aspek pendidikan Islam dan bidang yang berkait rapat dengan perakaunan dan kewangan Islam serta konvensional. Komponen program ini disusun dengan rapi dan teliti untuk memenuhi permintaan industri dan sektor awam yang amat mengharapkan graduan yang dilahirkan dari bidang ini dapat melaksanakan nilai–nilai Islam. Setiap program yang ditawarkan akan berteraskan kepada ajaran Islam sepenuhnya agar ianya dapat diterima oleh masyarakat selari dengan kehendak masyarakat Islam moden dan progresif. Diharapkan dengan cara ini setiap program yang ditawarkan akan dapat memberi sumbangan yang terbaik kepada masyarakat seterusnya membangunkan sebuah sistem perakaunan dan kewangan yang berteraskan ajaran Islam yang sistematik, teratur, tersusun, saksama, sama rata dan profesional.

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM/Setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi/Bahasa Arab Tinggi;
  • Lulus Tamhidi USIM/ Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/Setaraf; atau STPM; atau STAM; atau Diploma/Setaraf (tertakluk kepada syarat-syarat am dan khusus program);
  • Memenuhi keperluan MUET (minimum Band 2);
  • Memenuhi keperluan khas program sebagaimana yang dinyatakan di dalam peraturan pengajian program tersebut.
  • Maklumat terperinci mengenai syarat kemasukan:

BAHASA PENGANTAR

  • Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

STRUKTUR PROGRAM

  • Untuk maklumat lanjut berhubung struktur program, KLIK DISINI

STRUKTUR YURAN

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP/PEO)

HPP1 Mampu mensintesis isu-isu kontemporari berkaitan dengan perakaunan dengan mengintegrasi ilmu Naqli dan Aqli bagi menjana perkhidmatan yang berkualiti.
HPP2 Berkelayakan memimpin dan melibatkan diri secara berpasukan dalam menyelesaikan isu dalam bidang perakaunan melalui gerakkerja, komunikasi dan tatacara perakaunan yang rapi dan efektif.
HPP3 Mampu mempamerkan kemahiran keusahawanan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang berjaya seiring dengan perkembangan ICT.
HPP4 Mengamalkan nilai-nilai integriti, etika dan profesional dalam menyumbang kepada keperluan masyarakat.

HASIL PROGRAM (PO)

HP1 Menganalisis dan mengaplikasi teori-teori asas dalam bidang perakaunan (LO1/PO1: Elemen Pengetahuan)
HP2 Mengaplikasi kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan perakaunan (LO2/PO2: Elemen Kemahiran Teknikal/ Praktikal/ Psikomotor)
HP3 Mempamerkan semangat bekerjasama, kebertanggungjawaban dan kemahiran sosial dalam pelbagai situasi (LO3/PO3: Kemahiran dan Tanggungjawab Sosial)
HP4 Mengamalkan nilai-nilai integriti, etika dan profesional dalam menyumbang kepada masyarakat (LO4/PO4: Nilai, Sikap dan Profesionalisme)
HP5 Berkebolehan untuk memimpin, bekerja dalam pasukan dan berkomunikasi secara berkesan dan berhikmah (LO5/PO5: Kemahiran Komunikasi, Kepimpinan dan Kerja Berpasukan)
HP6 Mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan isu-isu kontemporari berkaitan bidang perakaunan (LO6/PO6: Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kemahiran Saintifik)
HP7 Berkebolehan menguruskan maklumat dan melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat (LO7/PO7: Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat)
HP8 Berupaya mengurus organisasi dan mempunyai minda dan kemahiran keusahawanan (LO8/PO8: Kemahiran Mengurus dan Keusahawanan)

PROSPEK KERJAYA

Bidang pekerjaan adalah luas dalam pelbagai jawatan seperti:

  • Eksekutif Perakaunan
  • Juruaudit
  • Penasihat Cukai
  • Cukai dan Perunding IT
  • Ahli Akademik
  • Pegawai Kewangan
  • Eksekutif Pembangunan Perniagaan
  • Pegawai Cukai Taksiran
  • Eksekutif Perkhidmatan Kewangan

Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian adalah program yang merangkumi  aspek pengajian Islam dengan bidang yang berkaitan dengan pemasaran dan perkhidmatan kewangan. Komponen program telah dibangunkan dengan teliti untuk memenuhi permintaan industri dan sektor awam. Setiap program yang ditawarkan adalah berdasarkan pengajian Islam dan  diharap dapat diterima oleh masyarakat sejajar dengan permintaan masyarakat Islam moden dan progresif. Adalah diharapkan bahawa setiap program yang ditawarkan akan menyumbang kepada masyarakat dan pengamal dalam bidang pemasaran perkhidmatan kewangan yang berasaskan pengajian Islam yang sistematik, teratur, adil dan profesional.

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM/Setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi/Bahasa Arab Tinggi;
  • Lulus Tamhidi USIM/ Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/Setaraf; atau STPM; atau STAM; atau Diploma/Setaraf (tertakluk kepada syarat-syarat am dan khusus program);
  • Memenuhi keperluan MUET;
  • Memenuhi keperluan khas program sebagaimana yang dinyatakan di dalam peraturan pengajian program tersebut.
  • Butir-butir maklumat mengenai syarat kemasukan:

BAHASA PENGANTAR

  • Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

STRUKTUR PROGRAM

  • Untuk maklumat mengenai struktur program, KLIK DISINI

STRUKTUR YURAN

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP/PEO)

HPP1 Mampu mensintesis isu-isu kontemporari berkaitan dengan pemasaran (perkhidmatan kewangan) dengan mengintegrasi ilmu Naqli dan Aqli bagi menjana perkhidmatan yang berkualiti.
HPP2 Berkelayakan memimpin dan melibatkan diri secara berpasukan dalam menyelesaikan isu dalam bidang pemasaran melalui gerakkerja, komunikasi dan tatacara pemasaran yang rapi dan efektif.
HPP3 Mampu mempamerkan kemahiran keusahawanan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang berjaya seiring dengan perkembangan ICT.
HPP4 Mengamalkan nilai-nilai integriti, etika dan profesional dalam menyumbang kepada keperluan masyarakat.

 HASIL PROGRAM (PO)

HP1 Menganalisis dan mengaplikasi teori-teori asas dalam bidang pemasaran (LO1/PO1: Elemen Pengetahuan)
HP2 Mengaplikasi kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan pemasaran dalam pelbagai cabang industri (LO2/PO2: Elemen Kemahiran Teknikal/ Praktikal/ Psikomotor)
HP3 Mempamerkan semangat bekerjasama, kebertangungja-waban dan kemahiran sosial dalam pelbagai situasi (LO3/PO3: Kemahiran dan Tanggungjawab Sosial)
HP4 Mengamalkan nilai-nilai integriti, etika dan profesional dalam menyumbang kepada masyarakat (LO4/PO4: Nilai, Sikap dan Profesionalisme)
HP5 Berkebolehan untuk memimpin, bekerja dalam pasukan dan berkomunikasi secara berkesan dan berhikmah (LO5/PO5: Kemahiran Komunikasi, Kepimpinan dan Kerja Berpasukan)
HP6 Mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan isu-isu kontemporari berkaitan bidang masing-masing (LO6/PO6: Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kemahiran Saintifik)
HP7 Berkebolehan menguruskan maklumat dan melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat (LO7/PO7: Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat)
HP8 Berupaya mengurus organisasi dan mempunyai minda dan kemahiran keusahawanan (LO8/PO8: Kemahiran Mengurus dan Keusahawanan)

PROSPEK KERJAYA

Bidang pekerjaan yang luas di pelbagai institusi seperti:

  • Institusi Perbankan
  • Institusi Kewangan Bukan Perbankan
  • Institusi Takaful dan Insurans
  • Syarikat Broker dan Sekuriti
  • Pengurusan Dana dan Institusi Unit Amanah
  • Lain-lain Organisasi Swasta
  • Institusi Ekonomi Islam i.e. Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
  • Industri Kecil dan Sederhana (SME)

Sarjana Muda Pentadbiran dan Hubungan Korporat dengan Kepujian adalah program yang meliputi semua aspek pengajian Islam dan konvensional yang berkaitan dengan pentadbiran korporat, perakaunan dan kewangan Islam. Komponen program disediakan dengan teliti dan direka bentuk untuk memenuhi permintaan industri dan sektor awam. Kebanyakan kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada ajaran Islam supaya ia akan diterima oleh semua selaras dengan masyarakat moden dan Islam yang progresif. Diharap program ini dapat member sumbangan kepada masyarakat seterusnya meningkatkan bilangan profesional pentadbiran korporat berasaskan pengajian Islam.

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM/Setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi/Bahasa Arab Tinggi;
  • Lulus Tamhidi USIM/ Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/Setaraf; atau STPM; atau STAM; atau Diploma/Setaraf (tertakluk kepada syarat-syarat am dan khusus program);
  • Memenuhi keperluan MUET;
  • Memenuhi keperluan khas program sebagaimana yang dinyatakan di dalam peraturan pengajian program tersebut.
  • Butir-butir maklumat mengenai syarat kemasukan:

BAHASA PENGANTAR

  • Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

STRUKTUR PROGRAM

  • Untuk maklumat lanjut berhubung struktur program, KLIK DISINI

STRUKTUR YURAN

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP/PEO)

HPP1 Mampu mensintesis isu-isu kontemporari berkaitan dengan pentadbiran dan hubungan korporat dengan mengintegrasi ilmu Naqli dan Aqli bagi menjana pentadbiran yang berkualiti kepada pemegang taruh.
HPP2 Berkelayakan memimpin dan melibatkan diri secara berpasukan dalam menyelesaikan isu dalam bidang korporat melalui gerakkerja, komunikasi dan tatacara pengurusan yang rapi dan efektif.
HPP3 Mampu mempamerkan kemahiran pengurusan, mempunyai kehendak yang tinggi untuk mengembangkan keilmuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang pentadbiran dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang berjaya seiring dengan perkembangan ICT.
HPP4 Memahami dan mengamalkan nilai-nilai integriti, etika dan profesional dalam menyumbang kepada keperluan masyarakat.

HASIL PROGRAM (PO)

HP1 Menganalisis dan mengaplikasi teori-teori asas dalam bidang Pentadbiran dan Hubungan Korporat. (LO1/PO1: Elemen Pengetahuan)
HP2 Mengaplikasi kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan Pentadbiran dan Hubungan Korporat dalam pelbagai organisasi. (LO2/PO2: Elemen Kemahiran Teknikal/Praktikal/Psikomotor
HP3 Mempamerkan semangat bekerjasama, kebertanggungjawaban dan kemahiran sosial dalam pelbagai situasi. (LO3/PO3: Kemahiran dan Tanggungjawab Sosial)
HP4 Mengamalkan nilai-nilai integriti, etika dan profesional dalam menyumbang kepada masyarakat. (LO4/PO4: Nilai, Sikap dan Profesionalisme).
HP5 Berkebolehan untuk memimpin, bekerja dalam pasukan dan berkomunikasi secara berkesan dan berhikmah. (LO5/PO5: Kemahiran Komunikasi, Kepimpinan dan Kerja Berpasukan).
HP6 Mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan isu-isu kontemporari berkaitan Pentadbiran dan Hubungan Korporat. (LO6/PO6: Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kemahiran Saintifik).
HP7 Berkebolehan menguruskan maklumat dan melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat. (LO7/PO7: Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat).
HP8 Berupaya mengurus organisasi, mempunyai minda dan kemahiran keusahawanan. (LO8/PO8: Kemahiran Mengurus dan Keusahawanan).

PROSPEK KERJAYA

Bidang pekerjaan adalah luas dan termasuk di pelbagai institusi seperti:

  • Syarikat Broker dan Sekuriti
  • Pengurusan Dana dan Unit Amanah Institusi
  • Firma Swasta
  • Institusi Perbankan
  • Institusi Kewangan Bukan Perbankan
  • Institusi Takaful dan Insurans
  • Institusi Ekonomi Islam i.e. Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
  • Industri Kecil dan Sederhana (SME)
  • Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam dengan Kepujian adalah program yang meliputi semua aspek pengajian Islam dan konvensional yang berkaitan dengan perbankan dan kewangan Islam. Komponen program disediakan dengan teliti dan direka bentuk untuk memenuhi permintaan industri dan sektor awam. Kebanyakan kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada ajaran Islam supaya ia akan diterima oleh semua selaras dengan masyarakat moden dan Islam yang progresif. Diharap program ini dapat member sumbangan kepada masyarakat seterusnya meningkatkan bilangan profesional dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.SYARAT KEMASUKAN
    • Lulus SPM/Setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi/Bahasa Arab Tinggi;
    • Lulus Tamhidi USIM/ Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/Setaraf; atau STPM; atau STAM; atau Diploma/Setaraf (tertakluk kepada syarat-syarat am dan khusus program);
    • Memenuhi keperluan MUET;
    • Memenuhi keperluan khas program sebagaimana yang dinyatakan di dalam peraturan pengajian program tersebut.
    • Butir-butir maklumat mengenai syarat kemasukan:

    BAHASA PENGANTAR

    • Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

    STRUKTUR PROGRAM

    • Untuk maklumat lanjut berhubung struktur program, KLIK DISINI

    STRUKTUR YURAN

    HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP/PEO)

    PEO1 Pengamal yang mampu mensintesis dan mengaplikasikan pengetahuan yang berinteraksikan ilmu aqli dan naqli dan mengaplikasikan pengalaman industri dalam bidang perbankan Islam dan kewangan untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada kerajaan dan institusi swasta di dalam dan luar negara.
    PEO2 Pengamal yang memimpin pasukan dalam menyelesaikan tugas yang melibatkan rentas disiplin melalui pengurusan yang efektif dan kebolehan berkomunikasi dalam persekitaran yang kompetitif.
    PEO3 Pengamal yang meningkatkan pengetahuan berkaitan kewangan Islam dengan menggunakan teknologi maklumat bagi meneroka peluang perniagaan dalam perkhidmatan profesional.
    PEO4 Pengamal yang mengamalkan Islam, beretika dan profesional dalam menyediakan perkhidmatan kepada pemegang taruh.

    HASIL PROGRAM (PO)

    PO1 Memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan perbankan dan kewangan Islam. (LO1)
    PO2 Mengaplikasikan kemahiran praktikal yang bersesuaian, sumber-sumber dan kemahiran analitik dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perbankan dan kewangan Islam. (LO2)
    PO3 Menganalisis secara kritikal kontrak-kontrak kewangan Islam, instrumen dan urusniaga. (LO3)
    PO4 Berkomunikasi dengan baik dan menyampaikan maklumat yang relevan. (LO4)
    PO5 Mempamerkan semangat berpasukan dan berfungsi secara efektif dalam pasukan yang pelbagai disiplin. (LO5)
    PO6 Mengamalkan nilai-nilai Islam, beretika dan sikap profesionalisme dalam pekerjaan. (LO6)
    PO7 Mempamerkan kebolehan untuk memahami keperluan pembangunan professional dan melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat. (LO7)
    PO8 Mempamerkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan dan menggunakan sumber-sumber yang ada dalam mencapai output yang dikehendaki. (LO8)
    PO9 Berupaya untuk memimpin inter displin dan pelbagai budaya. (LO9)