Bengkel Shut-up and Write adalah satu platform yang disediakan oleh fakulti untuk staf akademik bersama-sama berbincang mengenai halatuju kerjaya masing-masing mengikut bidang kluster yang telah dibentuk. Secara keseluruhan terdapat 4 kluster iaitu Kluster Islamic Business and Management, Kluster Accounting, Shariah Audit and Governance, Kluster Islamic Finance dan Kluster Islamic Social Finance and Applied Economics.

3 objektif utama yang ingin dicapai melalui penganjuran bengkel ialah pertama, memberikan bimbingan dan sokongan berbentuk peer-mentoring yang berterusan kepada staf akademik. Kedua, memastikan staf akademik dapat menghasilkan penulisan ilmiah yang berkualiti tinggi dan dapat memberikan kesan signifikan kepada bidang masing-masing mengikut tujahan kluster-kluster yang telah dibentuk. Ini dapat dicapai melalui semakan penulisan ahli oleh ketua kluster dan mentor yang dijemput samada mentor dalaman atau dari institutsi luar. Manakala objektif terakhir adalah agar penganjuran bengkel ini dapat membantu ahli akademik dalam menyusun laluan kerjaya akademik yang lebih terancang bagi mencapai tahap professorship masing-masing

4 Siri bengkel bagi tahun 2025 telah disusun oleh urusetia. Alhamdulillah, pada 16hb April fakulti telah mengadakan Bengkel Shut-up and Write Siri 1. Siri ke-2 akan diadakan pada 11hb Jun 2025, diikuti Siri ke-3 pada 17hb September 2025 dan Siri ke-4 pada 17 Disember 2025.