RABU, 7 MAC 2018- Program Perakaunan Tahun 1, Universiti Sains Islam Malaysia telah mengadakan lawatan ke Kilang Ajinomoto, Jalan Kuchai Lama. Lawatan ini melibatkan seramai 124 orang pelajar Program Perakaunan Tahun 1 dengan diiringi 4 orang guru penasihat. Lawatan ini dibahagikan kepada 2 sesi, sesi pagi seramai 70 orang pelajar, dan sesi petang seramai 54 orang pelajar. Ketibaan kami disambut oleh pengurus kilang tersebut; Encik Azmi dan Mr. Jason.

Seterusnya, kami dibawa ke Infoseum untuk mendengar taklimat ringkas tentang operasi Syarikat Ajinomoto. Para pelajar juga mangajukan soalan berakaitan konsep pengiraan kos penghasilan dan cara pengiraan susut nilai yang dipraktikkan oleh Ajinomoto. Ternyata, kilang Ajinomoto menggunakan konsep “process costing” untuk pengiraan kos penghasilan sesuatu produk.

Selepas itu kami dibawa melawat ke bahagian sejarah penemuan dan penubuhan kilang Ajinomoto Jepun dan Malaysia serta informasi kesihatan. Syarikat Ajinomoto juga telah menubuhkan seksyen SALAM (Sistem Ajinomoto Lindungi Alam Malaysia) untuk menguruskan isu-isu berkaitan persekitaran khususnya sisa buangan daripada pemprosesan dan sisa lain yang dihasilkan daripada operasi penghasilan produk. Sebelum pulang, kami turut melawat bahagian pameran produk. Kami bertolak pulang pada pukul 12.30 tengahari dan tiba di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM lebih kurang pada pukul 2.00 petang. Sesi petang pula bertolak pada pukul 12.00 tengahari dari lobi fakulti.

Ajinomoto (Malaysia) Berhad memulakan perniagaannya tahun 1961 sebagai pengeluar AJI-NO-MOTO® Monosodium Glutamat. Ia juga merupakan antara syarikat usahasama Jepun yang paling awal ditubuhkan di negara ini. Semenjak itu, Ajinomoto (Malaysia) Berhad mula berkembang menjadi pengeluar perasa makanan yang dinamik yang memasarkan pelbagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia selama beberapa dekad. Penambah perisa AJI-NO-MOTO®  telah menjadi bahan wajib di hampir setiap rumah rakyat Malaysia.