JMIFR

ISBN: 1823-075X

Synopsis:

Journal Muamalat and Islamic Finance Research (JMIFR) adalah journal berwasit yang diterbitkan setiap tahun oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia. Objektif utama adalah untuk menyediakan platform bagi para penyelidik dalam bidang Ekonomi dan Muamalat Islam serta pengajian Islam, menerbitkan artikel mereka di dalam atau di peringkat antarabangsa.

Panggilan Manuskrip

Journal Muamalat and Islamic Finance Research (JMIFR) adalah journal berwasit yang diterbitkan setiap tahun oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia. Objektif utamanya adalah untuk menyediakan satu saluran bagi penerbitan artikel, nota penyelidikan, kajian kes, dan ulasan buku berdasarkan penyelidikan, pemikiran asal dan komentar dalam Pengajian Islam dan bidang-bidang yang berkaitan.

Lembaga editorial mengalu-alukan sumbangan asal (dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab) yang belum diterbitkan atau disiarkan  di dalam apa-apa bentuk penerbitan di tempat lain.

Jurnal ini menyediakan forum di seluruh dunia untuk membincangkan idea dan pengalaman yang berkaitan dengan pembangunan dan aplikasi Pengajian Islam dan bidang yang berkaitan. Jurnal ini mengalu-alukan artikel asal, nota penyelidikan, kajian kes, ulasan buku dan ulasan artikel dalam bidang:

·Perniagaan Islam dan Muamalat
·Kewangan Islam
·Perbankan Islam dan Takaful
·Pentadbiran Korporat dan Undang-undang Perniagaan
·Pelaburan dan Perkhidmatan Kewangan
·Risiko dan Pengurusan Operasi
·Pemasaran dan Perhubungan Pelanggan
·Keusahawanan dan Industri Kecil dan Sederhana
·Pembangunan dan Institusi Ekonomi Islam
·Perdagangan Global dan Antarabangsa
·Sistem Kewangan islam
·Sistem Kewangan Awam
·Harta Awam, Pengurusan Zakat dan Baitumal
·Sistem Economi Islam
·Pengurusan Islam
·Isu-isu lain yang berkaitan dengan Muamalat dan Ekonomi Islam

Manuskrip

Artikel adalah dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, atau Bahasa Arab dan tidak melebihi 30 muka surat termasuk gambar rajah, jadual dan lain-lain. Satu abstrak tidak melebihi 200 patah perkataan perlu disertakan. Artikel yang diterima adalah berdasarkan keaslian dan tidak pernah diterbitkan di tempat lain. Para pengarang hendaklah bertanggungjawab ke atas kandungan artikel mereka.

Artikel hendaklah ditaip dengan jarak dua baris atau double spacing pada satu muka surat kertas sahaja. Laman pertama artikel mestilah mengandungi tajuk, nama pengarang dan gabungan institusi pengarang. Semua rencana perlu dihantar dalam bentuk elektronik atau hard copy kepada:

Executive Editor
JMIFR
Faculti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai
Negeri Sembilan
E-mail: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Tel: +606-798 6401

Fax: +606-798 6302

Copyright
Penyumbang hendaklah bertanggungjawab bagi kandungan sumbangan mereka.

Rujukan
Penyumbang perlu menggunakan rujukan APA.

Untuk penghantaran artikel secara atas talian, KLIK DI SINI

 

 

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.