Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian

Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian adalah program yang merangkumi semua aspek pendidikan Islam dan bidang yang berkait rapat dengan perakaunan dan kewangan Islam serta konvensional. Komponen program ini disusun dengan rapi dan teliti untuk memenuhi permintaan industri dan sektor awam yang amat mengharapkan graduan yang dilahirkan dari bidang ini dapat melaksanakan nilai–nilai Islam. Setiap program yang ditawarkan akan berteraskan kepada ajaran Islam sepenuhnya agar ianya dapat diterima oleh masyarakat selari dengan kehendak masyarakat Islam moden dan progresif. Diharapkan dengan cara ini setiap program yang ditawarkan akan dapat memberi sumbangan yang terbaik kepada masyarakat seterusnya membangunkan sebuah sistem perakaunan dan kewangan yang berteraskan ajaran Islam yang sistematik, teratur, tersusun, saksama, sama rata dan profesional.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM/Setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi/Bahasa Arab Tinggi;
  • Lulus Tamhidi USIM/ Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/Setaraf; atau STPM; atau STAM; atau Diploma/Setaraf (tertakluk kepada syarat-syarat am dan khusus program);
  • Memenuhi keperluan MUET (minimum Band 2);
  • Memenuhi keperluan khas program sebagaimana yang dinyatakan di dalam peraturan pengajian program tersebut.
  • Maklumat terperinci mengenai syarat kemasukan:

 

BAHASA PENGANTAR

  • Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

 

STRUKTUR PROGRAM

  • Untuk maklumat lanjut berhubung struktur program, KLIK DISINI

 

STRUKTUR YURAN

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP/PEO)

HPP1

Mampu mensintesis isu-isu kontemporari berkaitan dengan perakaunan dengan mengintegrasi ilmu Naqli dan Aqli bagi menjana perkhidmatan yang berkualiti.

HPP2

Berkelayakan memimpin dan melibatkan diri secara berpasukan dalam menyelesaikan isu dalam bidang perakaunan melalui gerakkerja, komunikasi dan tatacara perakaunan yang rapi dan efektif.

HPP3

Mampu mempamerkan kemahiran keusahawanan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang berjaya seiring dengan perkembangan ICT.

HPP4

Mengamalkan nilai-nilai integriti, etika dan profesional dalam menyumbang kepada keperluan masyarakat.

 

HASIL PROGRAM (PO)

HP1

Menganalisis dan mengaplikasi teori-teori asas dalam bidang perakaunan (LO1/PO1: Elemen Pengetahuan)

HP2

Mengaplikasi kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan perakaunan (LO2/PO2: Elemen Kemahiran Teknikal/ Praktikal/ Psikomotor)

HP3

Mempamerkan semangat bekerjasama, kebertanggungjawaban dan kemahiran sosial dalam pelbagai situasi (LO3/PO3: Kemahiran dan Tanggungjawab Sosial)

HP4

Mengamalkan nilai-nilai integriti, etika dan profesional dalam menyumbang kepada masyarakat (LO4/PO4: Nilai, Sikap dan Profesionalisme)

HP5

Berkebolehan untuk memimpin, bekerja dalam pasukan dan berkomunikasi secara berkesan dan berhikmah (LO5/PO5: Kemahiran Komunikasi, Kepimpinan dan Kerja Berpasukan)

HP6

Mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan isu-isu kontemporari berkaitan bidang perakaunan (LO6/PO6: Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kemahiran Saintifik)

HP7

Berkebolehan menguruskan maklumat dan melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat (LO7/PO7: Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat)

HP8

Berupaya mengurus organisasi dan mempunyai minda dan kemahiran keusahawanan (LO8/PO8: Kemahiran Mengurus dan Keusahawanan)

 

 

 

PROSPEK KERJAYA

Bidang pekerjaan adalah luas dalam pelbagai jawatan seperti:

  • Eksekutif Perakaunan
  • Juruaudit
  • Penasihat Cukai
  • Cukai dan Perunding IT
  • Ahli Akademik
  • Pegawai Kewangan
  • Eksekutif Pembangunan Perniagaan
  • Pegawai Cukai Taksiran
  • Eksekutif Perkhidmatan Kewangan

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.