Aluan Dekan

Assalamualaikum warahmatullahi wabrakatuh diucapkan kepada rakan-rakan sekerja, para pelajar dan juga  para pelawat.

Saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan semua ke Fakulti Ekonomi dan Muamat. Fakulti ini bertekad untuk mendidik pemimpin generasi akan datang yang mahir dalam bidang Muamalat dan Ekonomi Islam. Dengan menggunakan pendekatan pembelajaran yang berpusatkan  kepada pelajar, kualiti pendidikan yang terkini dan kualiti kurikulum yang terus menerus, fakulti amat komited untuk menghasilkan pelajar yang mengamalkan  prinsip Islam  sebagai cerminan daripada integrasi ilmu naqli dan aqli seperti yang termaktub dalam falsafah universiti.

Tempoh sepuluh tahun menjadi inspirasi kepada  fakulti dalam  mendapatkan sokongan padu dan kepercayaan pelajar, kakitangan akademik, pihak korporat serta pihak lain yang berkaitan. Ini mendorong fakulti untuk bekerja keras  bagi memastikan fakulti ini menjadi tempat rujukan dalam bidang Muamalat dan Ekonomi Islam di Malaysia dan di dunia. Hal ini akan terlaksana melalui program akademik yang padu dan  tenaga kerja akademik yang mantap serta mampu  memenuhi keperluan masyarakat dan negara.

Perubahan dinamik dalam ekonomi global dan serantau telah memberi impak yang besar kepada masyarakat dan dunia sejagat. Perubahan tersebut  juga menjadi pemacu  kepada semua warga fakulti agar berinovatif dalam mengendalikan aktiviti  pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran serta dalam menjalankan aktiviti penyelidikan. Penghasilan penyelidikan yang bernilai tinggi sentiasa ditekankan kepada warga akademik dalam memenuhi agenda nasional untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam di rantau ini.

Fakulti ini juga memberi tumpuan kepada kursus dan aktiviti kurikulum yang relevan kepada keperluan industri dengan menggalakkan pelajar siswazah dari dalam dan luar negara mengikuti program-program siswazah yang ditawarkan di sini. Melalui interaksi dengan pelajar antarabangsa, ini akan membantu membentuk para graduan tempatan menjadi lebih berfikiran terbuka, berpengetahuan dan lebih peka terhadap budaya dan amalan negara lain.

Sekali lagi saya ingin mengalu-alukan ahli masyarakat yang berpotensi dan pelajar antarabangsa untuk menyertai fakulti ini kerana Fakulti berhasrat untuk membentuk pengajian yang memenuhi aspirasi kerjaya dan pencapaian masa depan semua.

 

PROF. MADYA DR. AMIR BIN SHAHARUDDIN

 

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.