Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian

Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian adalah program yang merangkumi semua aspek pengajian Islam bersama-sama dengan bidang yang berkaitan dengan ekonomi Islam dan pentadbiran muamalat. Komponen program ini direka untuk memenuhi permintaan industri dan sektor awam. Setiap program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada ajaran Islam supaya ia boleh diterima dan sejajar dengan keperluan masyarakat Islam moden dan progresif. Dengan pendekatan ini, adalah diharapkan bahawa program ini boleh mencapai objektif dan kemudiannya menyumbang kepada pembangunan sistem ekonomi dan pentadbiran yang berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM/ Setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi/Bahasa Arab Tinggi;
  • Lulus Tamhidi USIM/ Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/ Setaraf; atau STPM; atau STAM; atau Diploma/ Setaraf (tertakluk kepada syarat-syarat am dan khusus program);
  • Memenuhi keperluan MUET (minimum Band 2);
  • Memenuhi keperluan khas program sebagaimana yang dinyatakan di dalam peraturan pengajian program tersebut.
  • Maklumat terperinci mengenai syarat kemasukan:

 

BAHASA PENGANTAR

  • Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

  

STRUKTUR PROGRAM

  • Untuk maklumat lanjut berhubung struktur program, KLIK DISINI

 

STRUKTUR YURAN

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP/PEO)

PEO1

Mampu mensintesis dan mengamalkan integrasi ilmu naqliyyah dan ‘aqliyyah, kefahaman yang mendalam terhadap konteks ilmu yang dipelajari, disamping mendapat pengalaman industri sebagaimana yang diperluaskan dalam konteks Muamalat bagi menjana perkhidmatan yang berkualiti kepada kerajaan, agensi kerajaan, dan semua industri yang berkaitan di dalam dan luar negara.

PEO2

Berkelayakan memimpin dan melibatkan diri secara berpasukan dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan ummah yang melibatkan pelbagai isu dan bidang khususnya dalam bidang Muamalat melalui gerak kerja, komunikasi dan tatacara pengurusan yang rapi dan efektif.

PEO3

Mempunyai kehendak yang tinggi untuk mengembangkan tahap keilmuan dan pengembangan kemahiran dalam pelbagai bidang pentadbiran (Muamalat) dengan berlatarbelakang kemahiran ICT yang mampu mengembangkan tahap profesional yang ada.

PEO4

Memahami dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam diri seperti menghayati nilai-nilai agama, beretika tinggi, bersikap profesional daam menyumbang kepada keperluan masyarakat dan semua pemilik taruh.

 

HASIL PROGRAM (PO)

PO1

Mampu menimba dan mengamalkan ilmu yang diperolehi melalui pelbagai bidang tujahan dalam Fakulti Ekonomi dan Muamalat. (LO1)

PO2

Mengaplikasi kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan dalam pelbagai cabang industri. (LO2)

PO3

Dapat mengenalpasti permasalahan yang berkaitan dengan Muamalat lantas menghasilkan satu kajian dan gerak kerja penyelesaian kepada masalah yang timbul. (LO3)

PO4

Berkeyakinan untuk menterjemahkan idea-idea kreatif dalam bentuk tulisan dan komunikasi. (LO4)

PO5

Sedia bekerja secara berkumpulan dalam pelbagai disiplin. (LO5)

PO6

Mengamalkan nilai-nilai Islam yang digariskan, beretika dan mempunyai sikap professional yang tinggi dalam melaksanakan tugas. (LO6)

PO7

Mahir menggunakan pelbagai perisian (software) dalam sistem teknologi maklumat untuk tujuan penyebaran ilmu, penyampaian dan keperluan urusan pentadbiran. (LO7)

PO8

Berupaya menguruskan perniagaan bersaiz kecil. (LO8)

PO9

Mampu menerajui organisasi pelbagai bidang. (LO9)

 

PROSPEK KERJAYA

Bidang pekerjaan adalah luas di pelbagai institusi seperti:

  • Institusi Perbankan
  • Institusi Kewangan Bukan Perbankan
  • Institusi Takaful dan Insurans
  • Syarikat Broker dan Sekuriti
  • Pengurusan Dana dan Institusi Unit Amanah
  • Lain-lain Organisasi Swasta
  • Institusi Ekonomi Islam i.e. Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
  • Industri Kecil dan Sederhana (SME)

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.