KUNJUNGAN HORMAT FEM-USIM BERSAMA-SAMA PENYANDANG KURSI AKADEMIK YTI-PNB KE PEJABAT PENGERUSI KUMPULAN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB)

Kuala Lumpur, 3 November 2016 – Delegasi Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) yang diketuai oleh Y.Brs. Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin (Dekan FEM) dengan Pengurusan Tertinggi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengerusi Kumpulan (YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abdul Wahid bin Omar) Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Presiden / Ketua Eksekutif Kumpulannya (Datuk Abdul Rahman Ahmad) bagi memperkenalkan Penyandang Ketiga (semasa) Kursi Akademik Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar (YTI) Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar telah membuahkan hasil melalui siri mesyuarat dan perbincangan yang mengambil masa selama dua jam pada hari ini, di sini.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh beberapa pimpinan tertinggi YTI dan PNB termasuk Timbalan Presiden, Korporat dan Pembangunan Modal Insan Kumpulan, YBhg Datin Paduka Kartini Haji Abdul Manaf. Manakala USIM diketuai oleh Naib Canselor sendiri, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan Pendaftar, En. Muhammad Haizuan Rozali.

Pihak FEM telah mempersembahkan cenderamata berupa produk penyelidikan hasil daripada idea kreatif beberapa orang penyelidik dan staf akademik fakulti yang berjaya menarik perhatian Pengerusi Kumpulan PNB setelah menerimanya. Produk yang dinamakan Muamalat Interactive Games (MIG) telah memenangi beberapa anugerah penyelidikan peringkat kebangsaan.

 

Disediakan Oleh           : MOHD AKASHAH ABD RASHID

Jawatan                     : PENOLONG PENDAFTAR KANAN FEM

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.