iCEPS11 2015 BERTEMAKAN WAQF JIWA

 

NILAI, 26 – 29 NOVEMBER 2015 – Seramai 304 orang pelajar tahun empat Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat, Sarjana Muda Perakaunan, Sarjana Muda Pentadbiran & Hubungan Korporat dan Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan), Fakulti Ekonomi dan Muamalat telah menganjurkan Konvensyen Keusahawanan Islam Kali Ke-11 (iCEPs11) bagi Sesi 2015/2016. Tujuan utama konvensyen ini diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar melibatkan diri secara langsung dalam program keusahawanan serta mendidik masyarakat tentang keusahawanan Islam melalui pelbagai pameran dan gerai jualan oleh usahawan Muslim yang berjaya.

 

iCEPs11 pada kali ini diselaras oleh Dr. Mohd Faisol bin Ibrahim serta Encik Hisham bin Sabri dan telah berlangsung selama empat hari bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia. Buat julung kalinya, pihak penganjur membawakan konsep Waqf Jiwa yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan melalui sumbangan sebahagian untung bersih iCEPs11 kepada pihak Yayasan Darul Hijrah. Melalui konvensyen ini, diharap dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar di samping meningkatkan kemahiran insaniah melalui pelbagai usaha dan aktiviti yang dijalankan.

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.