BENGKEL AS-SHAFIEE BAGI PELAJAR TAHUN 2 DAN 3 BAGI SEMESTER 1, SESI AKADEMIK 2015/2016

 

23 – 24 Oktober 2015: Seramai 25 pelajar tahun dua dan tiga dari program Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat, Sarjana Muda Perakaunan, Sarjana Muda Pentadbiran & Hubungan Korporat dan Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan), Fakulti Ekonomi dan Muamalat telah mengikuti Bengkel As-Shafiee (Pengukuhan Akademik) bagi Sesi 2015/2016. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah bagi memberikan motivasi dan mempertingkatkan rasa yakin diri pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik, seterusnya menjadi mahasiswa/i yang berjaya dan bertaqwa.

Bengkel As-Shafiee kali ini adalah diselaras oleh Pn Nor Haziah Hashim dan berjalan selama dua hari, bertempat di Fakulti Ekonomi dan Muamalat dan di The Aston Hotel, Nilai Negeri Sembilan. Buat julung kalinya, pihak fakulti telah menggunakan khidmat pakar motivasi terkenal dari MAP Training & Consultancy Sdn Bhd, iaitu Dr Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad bagi membimbing pelajar. Melalui kursus Motivasi Alihan Pelajar yang telah dijalankan sejak tahun 1995 di seluruh negara dan mempunyai rekod yang baik dalam membawa perubahan dalam diri pelajar, diharap dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kualiti pencapaian akademik mereka.

 

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.