PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 1436H FEM

Nilai, 4 Julai 2015 – Usaha Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM (diketuai oleh En. Mohammad Noorizzuddin Nooh) dan Alumni Sekolah Alam Shah Tahun ‘89 / ‘93 mengadakan Program Ziarah Ramadhan ke 3 buah Rumah Kebajikan pada 17 Ramadhan 1436H lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga di kedua-dua belah pihak.

Lawatan sempena menghidupkan ibadah di bulan Ramadhan kali ini dimulakan dengan Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhuwah dibawah kelolaan Yayasan al-Ijabah di Puchong. 

Kemudian lawatan diteruskan ke Pusat Jagaan Amal Asyura di Desa Coalfielda Sg. Buloh yang menempatkan Anak Yatim dan anak-anak Asnaf. Seterusnya delegasi ke Rumah Solehah, Rumah Perlindungan Kanak Kanak dan Wanita HIV di Pandan Indah.

Program Ziarah Ramadhan ini merupakan program kali ketiga dijalankan antara FEM dengan Alumni berkenaan. Bekalan yang dibawa ke lokasi berkenaan berupa makanan dan barangan keperluan serta wang tunai.

FEM berdoa agar program sebegini akan diteruskan pada masa hadapan dan amat berterima kasih kepada semua pihak yang menyumbang sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga, ilmu dan amal. Semoga kerjasama ini mendapat keberkatan dan keredhoan Allah s.w.t.

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.