DISKUSI PENYELIDIKAN FEM 2015 (KALI KE-9)

Nilai, 26 Jun 2015 – Diskusi Ilmu Penyelidikan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (Kali Ke-9) berjaya dilaksanakan dengan kehadiran Y.Bhg Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar sebagai penceramah jemputan kali ini.

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie, Pengerusi Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia dan Pengerusi Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Penasihat Shariah Bank ( Dubai), Amundi Asset Management (Perancis) dan lain-lain. Beliau telah menerima pengiktirafan dan penghormatan ‘The Asset Triple A – Anugerah Kepimpinan Industri’ oleh Majalah The Asset dan telah dianugerahkan “The Most Outstanding Individual” oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada tahun 2014. Beliau juga telah dianugerahkan sebagai “Shariah Scolar of the year – 2015 oleh London Sukuk Summit 2015.

 

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dalam ucapannya di bawah tajukMaqasid Al-Shariah Dalam Konteks Kewangan Islam” telah mengupas isu mengenai kepentingan Maqasid al-Shariah di dalam kehidupan masyarakat Islam kini yang berpandukan al-Quran dan Sunnah terutamanya di dalam pembangunan ekonomi Islam dan ekosistem masyarakat. Contohnya, bidang perbankan, takaful, korporat, transaksi antarabangsa dan domestik.

 

Beliau juga turut membincangkan tentang mekanisme pembentukan Maqasid Al-Shariah yang memerlukan kajian secara imperikal (istiqra’) yang mampu memenuhi tiga elemen iaitu ‘Daruriyyat, Hajiyyat dan Tahsiniyyat’ kepada masyarakat dan sistem ekonomi Islam. Selain itu, beliau turut menegaskan tentang kepentingan Maqasid al-Shariah untuk dijadikan satu gagasan yang mantap seperti penambahan institusi kewangan yang berteraskan sistem ekonomi Islam. Beliau juga turut berkongsi pendapat mengenai elemen Maqasid al-Shariah di dalam Kontrak Kewangan Islam yang perlu dipatuhi (Shariah Compliance) sebagai salah satu langkah untuk mengatasi gejala rasuah dan korupsi.

 

Perbincangan yang disampaikan oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli Fakulti dan Universiti di samping turut dihadiri oleh kakitangan akademik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.