DISKUSI ILMIAH PENYELIDIKAN FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT (FEM) BIL. 1/2015 (2)

NILAI, 2 FEBRUARI 2015 – Program Diskusi Ilmiah Penyelidikan Fakulti Ekonomi dan Muamalat buat julung kalinya telah diadakan bertujuan menambahbaik budaya ilmiah di kalangan staf akademik Fakulti. Profesor Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman telah membentangkan cadangan penyelidikan bertajuk  “Debt Collection Policy for Islamic Financial Institutions: A Research Proposal”.  Sejumlah 22 pensyarah dan kakitangan Fakulti menghadiri pembentangan tersebut. Perbincangan berkisar sekitar polisi kutipan hutang oleh Institusi Perbankan Islam, termasuk kupasan dari petikan Ayat Al-Quran seperti berikut:

“Dan jika orang berhutang itu dalam kesukaran, maka berilah waktu sehingga dia mampu. Dan bersedekah (sebahagian atau semua hutang) itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” (Al-Baqarah: 280).

 

Program ini diharapkan dapat memberi peluang kepada staf akademik berkongsi idea terutamanya dalam topik-topik dan isu-isu penyelidikan terkini. Ia juga dapat membantu menjana idea baru untuk projek-projek penyelidikan secara kerjasama antara staf. Disamping itu, program ini dapat meningkatkan kualiti cadangan penyelidikan untuk permohonan geran dan kualiti kertas-kertas kerja untuk pembentangan konferens selain untuk penerbitan di dalam jurnal berkategori hi-impact.

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.