LAWATAN ANTARABANGSA ke KOREA

13–19 Februari 2015: Seramai 25 pelajar Tahun 3, Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM telah mengikuti program Lawatan Antarabangsa ke Seoul National University (SNU), Korea. Pelbagai aktiviti penjanaan pendapatan telah dijalankan bagi menampung kos lawatan ini di bawah seliaan Dr. Zurina Kefeli. Objektif lawatan ini adalah bagi mendedahkan pelajar dengan sistem ekonomi dan pentadbiran sebuah negara maju selain membina jalinan kerjasama dengan pelajar-pelajar dari College of Business Administration di SNU. Selain mengadakan sesi networking di SNU para pelajar juga turut melawat tempat-tempat menarik di Korea seperti Geongbokgung Palace, Itaewon, Insadong, Myeongdong, Pulau Nami dan Namsan Tower. 

 

 

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.