PENAWARAN PROGRAM BAHARU FEM -SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2015/2016

NILAI, 13 JANUARI 2015 - Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) Bil. 7/2014 telah membuat keputusan terhadap permohonan penawaran program baharu USIM seperti berikut:

i.              Diluluskan program akademik baharu Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam dengan Kepujian [Bachelor of Islamic Banking and Finance with Honours]mulai Semester I 2015/2016 secara sepenuh masa: 4 tahun (minimum 8 semester, maksimum 6 tahun 12 semester) di Fakulti Ekonomi dan Muamalat

ii.             Diluluskan program akademik baharu Ijazah Sarjana Perbankan Islam [Master of Islamic Banking]mulai Semester I 2015/2016 secara Sepenuh Masa: minimum 1 ½ tahun (4 semester); maksimum 3 tahun dan Separuh Masa: minimum 2 tahun (5 semester); maksimum 4 tahun di Fakulti Ekonomi dan Muamalat

iii.            Diluluskan program akademik baharu Ijazah Sarjana Kewangan Islam [Master of Islamic Finance]mulai Semester I 2015/2016 secara Sepenuh Masa: minimum 1 ½ tahun (4 semester); maksimum 3 tahun dan Separuh Masa: minimum 2 tahun (5 semester); maksimum 4 tahun di Fakulti Ekonomi dan Muamalat

Keputusan permohonan telah dimaklumkan melalui surat rasmi daripada Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi bertarikh 13 Januari 2015 [JPT (A) 1000/011/011/01 Jld. 4 (29)].

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.