BENGKEL PENYELIDIKAN WAKAF TUNAI: FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL (FKK) SIRI KE- 2

PORT DICKSON, 1 FEBRUARI 2015 – Bengkel Penyelidikan Wakaf Tunai: Faktor Kejayaan Kritikal (FKK) Siri Ke-2 (kod penyelidikan USIM/FRGS/FEM/32/51113) telah dianjurkan bagi menganalisis hasil soal selidik yang telah diedar pada bulan Jun - Disember 2014. Tajuk penyelidikan adalah: “Membangun kerangka model pungutan wakaf tunai berdasarkan faktor kejayaan kritikal di Institusi Wakaf di Malaysia”. Bengkel bertempat di Hotel Klana Resort, Port Dickson iaitu hotel yang mempunyai keunikan tersendiri kerana dibina di atas tanah wakaf dan bersebelahan dengan Balai Cerap yang dinamakan Baitul Hilal.

 

Bengkel ini diketuai oleh Dr. Fuadah Johari dan telah dihadiri oleh 10 ahli penyelidik yang terdiri daripada  staf akademik FEM, USIM iaitu Prof Dato’ Dr. Muhammad Haji Alias, Dr. Nursilah Ahmad, Dr. Zurina Kefeli, Dr. Muhammad Ridhwan dan Dr. Syadiyah Abd Shukor. Manakala terdapat juga dua staf akademik daripada luar USIM iaitu Pro.f Madya Dr. Patmawati Ibrahim  dari Universiti Tun Hussin Onn Malaysia (UTHM) dan  Dr. Mohd Fauzi Abu Hussin dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta dua pembantu penyelidik USIM iaitu Nor Masitah Orip dan Muhammad Mohd Yusof.

Objektif bengkel adalah bagi menganalisis 400 dapatan soal selidik menggunakan perisian SPSS untuk analisis regresi dan menggunakan perisian AMOS (SEM) untuk analisis CFA dan CE. Penganalisaan ini sangat penting bagi menghasilkan karya akademik yang berpotensi untuk diterbitkan di jurnal–jurnal berimpak tinggi dan berindek diperingkat tempatan dan antarabangsa atau jurnal berwasit. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari ini akhirnya berjaya menghasilkan enam tajuk cadangan karya ilmiah berdasarkan analisis kajian.

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.