Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam dengan Kepujian

Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam dengan Kepujian adalah program yang meliputi semua aspek pengajian Islam dan konvensional yang berkaitan dengan perbankan dan kewangan Islam. Komponen program disediakan dengan teliti dan direka bentuk untuk memenuhi permintaan industri dan sektor awam. Kebanyakan kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada ajaran Islam supaya ia akan diterima oleh semua selaras dengan masyarakat moden dan Islam yang progresif. Diharap program ini dapat member sumbangan kepada masyarakat seterusnya meningkatkan bilangan profesional dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM/Setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi/Bahasa Arab Tinggi;
  • Lulus Tamhidi USIM/ Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/Setaraf; atau STPM; atau STAM; atau Diploma/Setaraf (tertakluk kepada syarat-syarat am dan khusus program);
  • Memenuhi keperluan MUET;
  • Memenuhi keperluan khas program sebagaimana yang dinyatakan di dalam peraturan pengajian program tersebut.
  • Butir-butir maklumat mengenai syarat kemasukan:

 

BAHASA PENGANTAR

  • Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

 

STRUKTUR PROGRAM

  • Untuk maklumat lanjut berhubung struktur program, KLIK DISINI

 

STRUKTUR YURAN

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP/PEO)

PEO1

Pengamal yang mampu mensintesis dan mengaplikasikan pengetahuan yang berinteraksikan ilmu aqli dan naqli dan mengaplikasikan pengalaman industri dalam bidang perbankan Islam dan kewangan untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada kerajaan dan institusi swasta di dalam dan luar negara.

PEO2

Pengamal yang memimpin pasukan dalam menyelesaikan tugas yang melibatkan rentas disiplin melalui pengurusan yang efektif dan kebolehan berkomunikasi dalam persekitaran yang kompetitif.

PEO3

Pengamal yang meningkatkan pengetahuan berkaitan kewangan Islam dengan menggunakan teknologi maklumat bagi meneroka peluang perniagaan dalam perkhidmatan profesional.

PEO4

Pengamal yang mengamalkan Islam, beretika dan profesional dalam menyediakan perkhidmatan kepada pemegang taruh.

 

HASIL PROGRAM (PO) 

PO1

Memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan perbankan dan kewangan Islam. (LO1)

PO2

Mengaplikasikan kemahiran praktikal yang bersesuaian, sumber-sumber dan kemahiran analitik dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perbankan dan kewangan Islam. (LO2)

PO3

Menganalisis secara kritikal kontrak-kontrak kewangan Islam, instrumen dan urusniaga. (LO3)

PO4

Berkomunikasi dengan baik dan menyampaikan maklumat yang relevan. (LO4)

PO5

Mempamerkan semangat berpasukan dan berfungsi secara efektif dalam pasukan yang pelbagai disiplin. (LO5)

PO6

Mengamalkan nilai-nilai Islam, beretika dan sikap profesionalisme dalam pekerjaan. (LO6)

PO7

Mempamerkan kebolehan untuk memahami keperluan pembangunan professional dan melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat. (LO7)

PO8

Mempamerkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan dan menggunakan sumber-sumber yang ada dalam mencapai output yang dikehendaki. (LO8)

PO9

Berupaya untuk memimpin inter displin dan pelbagai budaya. (LO9)

 

PROSPEK KERJAYA

Bidang pekerjaan adalah luas dan termasuk di pelbagai institusi seperti:

  • Syarikat Broker dan Sekuriti
  • Pengurusan Dana dan Unit Amanah Institusi
  • Firma Swasta
  • Institusi Perbankan
  • Institusi Kewangan Bukan Perbankan
  • Institusi Takaful dan Insurans
  • Institusi Ekonomi Islam i.e. Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
  • Industri Kecil dan Sederhana (SME)

Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6306/6305, Faks: +606-798 6302, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.